Anak Sarawak kini memiliki keistimewaan menerusi Akaun AFFIN Kenyalang yang boleh dibuka akaun banknya menerusi Affin Bank seluruh negara.
Menariknya, anak Sarawak boleh membuka akaun bank ini tanpa memerlukan apa-apa deposit, tidak seperti pembukaan akaun yang lain.
Mengenai Akaun AFFIN Kenyalang
Akaun AFFIN Kenyalang merupakan salah satu inisiatif khas yang ditawarkan hanya kepada anak Sarawak.
Akaun bank dan juga kad bank tersebut adalah simbol identiti negeri dalam pembangunan negara bangsa.
Inisiatif tersebut adalah sebahagian usaha menyokong dasar Sarawak First yang dipelopori oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Akaun dan kad bank ini boleh dimiliki oleh individu yang mempunyai MyKad dengan huruf K sebagai pengesahan bahawa mereka adalah anak Sarawak sahaja.

Manfaat Akaun
Antara manfaat menerusi akaun ini adalah seperti:
- Kemudahan Perbankan Internet 24/7– Transaksi dan semakan baki akaun boleh dibuat di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
- Kad Debit Visa AFFIN Kenyalang– Pilihan bebas hutang yang selamat untuk perbelanjaan tanpa tunai serta pelbagai diskaun dan promosi.
- Akses Mudah– Deposit dan pengeluaran tunai dengan mudah melalui CDM, ATM ataupun kaunter di seluruh negara.
- Perlindungan PIDM– Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
- e-Penyata– e-Penyata untuk memudahkan semakan transaksi anda.
- Pembukaan Akaun– Khusus untuk Anak Sarawak (MyKad dengan “K”; atau Individu yang mempunyai alamat di Sarawak).
Ciri-Ciri Akaun
Ciri-ciri akaun ini adalah seperti:
- Jenis Akaun – Peribadi
- Umur Minimum – Akaun individu atau bersama (18 tahun ke atas)
- Kewarganegaraan – Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Pemastautin
- Deposit Permulaan Sifar – Warga Sarawak tidak perlu masuk wang untuk membuka akaun ini
- Tiada Baki Minimum – Rakyat Sarawak tidak perlu mengekalkan jumlah tertentu di bank untuk memastikan ia boleh digunakan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk pembukaan akaun ini adalah seperti berikut:
- Kelayakan
– “Anak Sarawak (MyKad dengan “K”); atau
– Individu yang mempunyai alamat di Sarawak
– Untuk melayakkan diri, pelanggan mesti memenuhi salah satu daripada kriteria berikut: mereka mestilah “Anak Sarawak” seperti yang ditunjukkan oleh “K” pada MyKad mereka, pelajar yang mempunyai alamat di Sarawak, mempunyai alamat kediaman di Sarawak, atau mempunyai alamat pejabat di Sarawak.
– Pelanggan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan kepada Bank bagi membuktikan status mereka. Dokumen yang boleh diterima termasuk surat pendidikan, pengesahan institusi pengajian mengenai status, kad pengenalan pelajar (Kad Matriks), bil elektrik, bil air, bil telefon, perjanjian sewaan, surat pekerjaan, penyata bank atau apa-apa dokumen (jika diperlukan oleh bank). - Jenis Akaun
– Akaun individu atau bersama (18 tahun ke atas)
– Pemastautin dan Bukan Pemastautin - Kewarganegaraan
– Pemastautin dan Bukan Pemastautin - Deposit Permulaan
– Deposit permulaan sifar - Baki Minimum Yang Perlu Di Kekalkan
– Tiada baki minimum yang diperlukan untuk dikekalkan dalam akaun.
Lokasi Affin Bank
Lokasi Affin Bank di seluruh negara boleh disemak menerusi pautan https://www.affinalways.com/en/branch-locator.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Akaun AFFIN Kenyalang, sila layari pautan https://www.affinalways.com/bm/affin-kenyalang-savings-account.
Baca juga: Kad Kredit Bank Rakyat: Jenis Kad, Syarat Kelayakan, Cara Mohon